.

HUKUMAN ROTAN:RELEVEN @ TIDAK

Pada dasawarsa 21 kini, telah cukup memperlihatkan kepada kita betapa rapuhnya sistem pendidikan yang digunapakai di negara kita Malaysia pada hari ini. Hari demi hari pelbagai masalah atau gejala melampau telah ditatapkan oleh para pelajar kepada seluruh masyarakat Malaysia umumnya dan kepada guru-guru khasnya yang sedang berjuang habis-habisan untuk mengubah nasib pewaris bangsa pada masa akan datang. Melihatkan kepada permasalahan ini saya merasa terpanggil untuk meluahkan pandangan kepada semua, tentang salah satu sebab dominan menyebabkan perkara ini berlaku.

Meneliti kepada tugasan guru pada hari ini, ianya hanya bertugas sebagai pengajar semata-mata bukannya pendidik. Guru datang ke sekolah hanya mengajar dan sekadar memenuhi jadual harian. Sudah hilang nilai didikan atau tabiah dalam proses p&p pada hari ini. Justeru perlu kita persoalkan kenapa perkara ini terjadi? Bagi saya jawapannya mudah iaitu sistem pendidikan perlu diubah. Pada hari ini guru dilarang dengan tegas untuk merotan atau menghukum pelajar. Sekiranya guru melanggar etika ini maka sudah pastinya guru akan berdepan dengan tindakan undang-undang. Para pelajar pada hari ini langsung tidak boleh disentuh, sekiranya disentuh maka sudah pastinya guru akan diserang oleh ibubapa dan seterusnya akan beperang di mahkamah kelak. Maka dengan sebab inilah yang menyebabkan nilai tarbiah dlm pendidiakn telah hilang.

Para pelajar semakin hari semakin nakal, sombong, dan terlalu kurang ajar. Mereka menjadikan sekolah sebagai tempat untuk melepaskan geram mereka untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan peraturan sekolah dan yang memeritkan lagi ialah perkara yang bertentangan dengan islam. Guru hanya mampu melihat terhadap perlakuan ini. Justeru dalam membongkar permasalahan ini kepada siapakah kita hendak menuding jari. Masing-masing mempertahankan ego. Bagi saya punca bagi permasalahan ini ialah sistem Pendidikan Negara yang perlu diubahsuai mengikut permasalahan semasa.

Di London melihat kepada suatu keputusan Penyelidikan yang dilakukan kerajaan menunjukkan sebahagian ibu bapa percaya hukuman berat adalah ‘kaedah kawalan berkesan’ kepada pelajar dan berkata tingkah laku kanak-kanak semakin teruk sejak amalan merotan dihapuskan.

Mereka berkata, keputusan untuk mengharamkan hukuman itu menyumbangkan kepada peningkatan masalah disiplin di kalangan pelajar.

Komen itu - dalam kajian yang disokong oleh Jabatan Kanak-Kanak, Sekolah dan Keluarga - didedahkan beberapa bulan selepas satu perlima guru menggesa hukuman rotan diperkenalkan semula untuk mengawal ke-adaan dalam kelas.

Minggu ini, laporan oleh Ofsted menunjukkan kaedah disiplin tradisional seperti menggantung persekolahan beratus-ratus pelajar bermasalah pada satu masa dan melarang pelajar membotakkan kepala atau memakai pakai-an berjenama adalah pencegahan yang baik.

Hukuman berat, termasuk penggunaan rotan dan pembaris, dihapuskan di sekolah kerajaan pada 1987 dan 1998 di sekolah persendirian.

Dalam kajian terbaru, jabatan berkenaan mengadakan temubual dengan 48 orang dewasa untuk mengukur sejauh mana pandangan mereka mengenai tingkah laku golongan muda.

Apabila diminta menggambarkan apa yang mereka rasa menjadi punca penurunan mutu disiplin, mereka mengemukakan beberapa sebab berdasarkan pemantauan umum. –

Justeru angin perubahan di London telah berlaku, bagaimana pula dengan Malaysia. Alangkah baiknya jika angin perubahan ini menular ke negara kita yang amat disayangi ini, semata-mata bagi memastikan negara dapat melahirkan modal insan yang berkualiti..

0 comments: