.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Untuk pengetahuan semua, penulis sekarang sedang menjalani praktikal di salah sebuah sekolah menengah. Sudah 3 minggu penulis bergelar sebagai GURU. Disini penulis ingin memaparkan kisah benar supaya ianya menjadi pembuka minda, betapa hidup ini penuh dengan ujian dan juga keperitan. Jumaat lepas 29hb adalah hari terakhir persekolahan bagi penggal satu. Justeru di sekolah penulis terdapat hampir 10 orang pelajar yang akan diberhentikan sekolah kerana pelbagai masalah disiplin yang telah dilakukan.


Tepat jam 11 pagi penulis berkunjung ke bilik kaunselor sekolah dan melihat terdapat pelajar yang akan diberhentikan sekolah sedang dikaunseling oleh kaunselor. Justeru melihat kepada situasi tersebut hati kecil penulis berkata Apa yang akan jadi pada masa depan budak2 nie..Apa perasaan mak ayah mereka...Apa yang mereka kan buat selepas ini..Apabila banyak sangat persoalan yang bermain di kepala penulis, maka penulis telah berbincang dengan kaunselor untuk meminta sedikit masa untuk penulis sendiri berbicara dengan pelajar2 tersebut.

Selepas itu dengan mudahnya kaunselor menjawab boleh jer cikgu..tiada masalah..sampai pukul berapa cikgu nak pun boleh,.jgn sampai tertinggal solat jumaat sudah..selepas itu penulis memulakan bicara dengan 8orang pelajar tersebut..7 orang lelaki dan 1 perempuan..setelah hampir setengah jam penulis berbicara dengan mereka, penulis mula terasa sebak..pada masa itu rasanya macam nak jumpa pengetua supaya jangan buang pelajar2 ini..tapi apakan daya penulis hanyalah guru praktikal dan tidak mampu untuk bersuara..tetapi bukan bermaksud penulis hanya diam seribu bahasa, tetapi penulis telah berjumpa dengan ketua guru disiplin untuk beritahu akan hal ini..Terdapat beberapa intipati persoalan dan jawapan hasil daripada bicara dengan 8 orang pelajar tersebut..Ini adalah benar2 daripada isi hati pelajar-pelajar tersebut, langsung penulis tidak mengubah kerana perbualan waktu itu dirakam oleh penulis..Berikut ialah luahan isi hati pelajar yang menyebabkan mereka TERPAKSA melakukan masalah disiplin!!!!!

1) Cikgu dalam 30 hari iaitu sebulan, hanya 20 hari sahaja saya makan kenyang.

2) Sudah 2 minggu saya tidak bersekolah. Ayah masuk penjara, duit makan pun takde, saya nak datang sekolah takde kenderaan dan rumah saya jauh dari jalanraya.

3) saya penat jadi pengawal keselamatan pada waktu malam menyebabkan saya letih nak ke sekolah. Bukan saja2 saya tak pergi sekolah tapi duit takde saya pula anak sulung.

4) Emak saya masuk penjara, ayah saya di pusat serenti. Kedua-duanya kerana dadah. Kami 2beradik berbulan -bulan tak tahu nak pergi mana. Syukurlah masih ada ibu saudara saya yang prihatin.

5) Cikgu kami memang tak nak belajar dah, saya dan kembar saya ni nak berhenti sekolah, kami nak cari mak dan ayah kami, entah dimana kami pun tak tau.

6) Kadang-kadang bapa saya datang tengok kami, emak terlantar di hospital kerana kanser. Kami adik beradik selalu tak datang sekolah. Kami jaga mak secara bergilir-gilir.Itulah satu-satunya mak kami cikgu.kami dah takde sape2 dah kat dunia ini.

7) Rumah saya jauh dari sekolah, basikal cuma ada satu jer cikgu. Kami berempat gilir-gilir kesekolah , bapa sakit tulang belakang, emak kerja sebagai cleaner di KLIA. Makan dan pakaian kami serba kekurangan.

Justeru sama-samala kita muhasabah diri, kita asyik mengeluh tentang kesusahan yang kita alami, biarpun ianya perkara kecil, namun kita tidak sedar bahawa ramai lagi yang sedang menderita..dan peringatan khusus kepada seluruh PENDIDIK dan Bakal PENDIDIK, janganlah kamu suka menghukum anak didikmu, tapi tarbiahlah mereka, bimbinglah mereka, yakinlah bahawa setiap apa yang dilakukan oleh mereka pasti ada sebabnya....

3 comments:

Just_me said...

Salam.. Semoga cikgu fendi trus istiqamah menjadi antara perintis perubahan kpd profesion perguruan ini.. tArbiyyah lah anak didikmu sedaya upaya agar kelak lahir dr anak didikmu insan2 yg berguna, berjaya dunia wal akhirah..Amiin..

Has88 said...

tahniah coz ust dapat selami hati anak didik ust, semoga mmpu mnjadi pntarbiyahan yng berjaya kpd mereka..mungin mreka amat mmrlukan tarbiyah dri seseorang untuk merubah dirinya..
teruskan perjuangan ust fendi.

Anonymous said...

Untuk menjadi guru mungkin mudah, tetapi untuk menjadi pendidik amat sukar, namun yang sukar itu dapat dilakukan seandainya ada mujahadah yang kuat...minta padaNya agar dipermudahkan segalaNya..k.fzh bangga dengan usaha Fendi..mudah-mudahan usaha ini berterusan agar menjadi Pendidik yang berjaya di dunia dan di akhirat...Semoga Allah Memberkati...