.

Assalamualaikum & salam sejahtera….

asuhokt2007.jpg

Apa khabar hari ini? Moga sihat hendak-Nya…

Hari ini seperti biasa saya mengajar di sekolah. Hari ini hanya ada dua kelas. Sejam kelas 4 sains dan sejam kelas 4 sastera.

Kelas 4 sains dijalankan pada waktu akhir. Sewaktu saya ingin memulakan kelas tiba-tiba pintu kelas diketuk oleh Cikgu Nazri. Cikgu Nazri meminta kebenaran untuk membuat pengumuman.

“Kepada semua murid Bakti Petronas, esok kelas Bakti Petronas batal”, Cikgu Nazri membuat penguman.

Ye! sambut semua murid dalam kelas. Best-best, esok kelas batal, sambung sebahagiannya.

Sebaik sahaja Cikgu Nazri beredar. Saya pun bertanya kepada murid-murid. ” Kamu rasa seronok esok kelas Petronas batal?”

“Mesti lah Cikgu”.

Saya bertanya lagi. ” kamu tahu tak ada makluk lain yang lebih gembira daripada kamu?”

“Siapa Cikgu?”

bdkbacaalquran.jpg“Syaitan”, jawap saya. ” Syaitan lebih gembira daripada kamu. Pertama dia gembira sebab kamu tak belajar besok. Kedua dia gembira sebab kamu gembira kamu tak belajar esok. Jadi hari ini syaitan telah mengalahkan kamu. Kamu baca Majalah Asuh kan?”

Semua murid diam.

” Bila sesuatu majlis ilmu dibatalkan, jangan sekali-kali kamu bersorak kegembiraan. Itu menandakan kamu tak suka ilmu dan syaitan suka berkawan dengan orang yang bergitu. Kamu suka jadi kawan syaitan?” Tambah saya lagi.

“Tidak,” jawab murid-murid perlahan.

“Cukuplah kamu mengucapkan terima kasih kepada orang yang memberitahu kamu.” Saya menambah lagi.

Kelas kembali sunyi dan saya membiarkan kelas sunyi seketika.

“Ok class.. We continue our lesson with… PERCAYA PADA QADA DAN QADAR ALLAH.

Sekian, wassalam

0 comments: