.


Disaat berbagai kesulitan dan kesukaran menimpa sesaorang sehingga ia merasakan kesempitan berlarut larutan, maka hanya ketabahan hati dapat menerangi hati seseorang dan menjaganya daripada berputus asa. Ketabahan merupakan petunjuk yang dapat menyelamatkan diri dari patah semangat. Ketabahan merupakan sifat utama yang sangat dibutuhkan olih setiap insan dalam menhayati kehidupan di dunia dan agamanya. Semua pekerjaan dan cita cita harus dilandasi ketabahan.


Memperteguhkan ketahanan mental menghadapi soal yang tidak disukainya tanpa merasa terpaksa, sabar menunggu hasil perkerjaan dan perbuatannya, sanggup menghadapi macam macam rintangan betapa pun beratnya dengan hati yang bersih dari kebimbangan, dan dengan fikiran yang tidak mahu tunduk kepada kesulitan. Ia harus memiliki kepercayaan yang teguh dan bertekad mantap, tidak gelisah dan yakin cahaya cerah pasti akan tiba saatnya, menantikan perubahan keadaan dengan sikap tenang dan penuh keyakinan bahawa kebijaksanan mengandungi hikmah, pada segala ujian dan cubaan hidup

Allah telah berfirman surah Muhammad ayat 31: “ Dan sesungguhnya kami benar benar hendak menguji kalian untuk kami ketahui siapa siapa diantara kalian yang berjihad dan tabah(sabar)"

Surah Al hadid ayat : 23: “supaya engkau jangan sedih kalau tidak mendapat apa apa supaya engkau jangan lupa daratan sekiranya mendapatkan dunia.”


Jadikan kehidupan ini bukan sebagai “rumah” kehidupan yang serba bahagia, mantap dan kekal. Jadikan Kehidupan dunia ini adalah “rumah” ujian dan cubaan. Dimana kita keluar dari satu ujian kedalam satu ujian lainnya. Ibarat besi yang ditempa api kemudian dicelupkan kedalam air.


Ujian yang berupa hal hal menyedihkan banyak sebab sebabnya. disebaliknya kita dapat memahami kehidupan dan bertambah matang pengalaman pengertian kehidupan dengan berbagai bagai ragam manusia. Masalah suratan takdir yang terkadang menguji dan sebahagian lagi menempuh cubaan yang mungkin mengakibatkan penderitaan, kepedihan yang terkadang mengcengkam jiwa. Sehingga terkadang merasakan kekecewaan. Olieh itu kita haruslah berusaha sekuat tenaga untuk menempuh kehidupan didunia ini dan harus yakin bahawa diri kita sedang menyelami lautan yang penuh bergelora dengan rintangan dan bahaya.


“Bersabar menahan diri kemewahan , sehingga kemewahan tersebut berlalu, lalu aku melatih diriku bersabar, sehingga terbiasa, sehingga selalu dalam keadaan tenang dan tenteram, hati membawa jauh dari pengaruh yang selalu mengecewakan.“terkadang kita sendiri tidak mengetahui apakah sesuatu kejadian itu berguna pada perkara yang disukai atau kita membencinya. Sahabat ambilah ikhtibar dan hikmah diatas apa yang berlaku yang menimpa diri sehingga kita terbiasa dengan perkara perkara yang berlaku dan bersiap sedia apa yang akan berlaku, insyaAllah kita akan biasa menghadapi segala dugaan dan cubaan tanpa patah semangat dan putus asa.”


Michael David Shapiro

Dalam pelbagai keunikan yang terdapat pada Presiden baru Amerika Syarikat (AS), Barack Hussein Obama, persoalan mengenai anutan agamanya turut menjadi perhatian ramai. Menerusi laman Ensiklopedia Wikipedia, Obama dikatakan seorang penganut Kristian Protestan, pegangan yang terhasil di usia dewasa setelah melewati pelbagai evolusi agama dalam hidupnya sebelum ini. (Beliau dibaptiskan di Trinity United Church of Christ pada tahun 1988 dan sejak itu selama hampir dua dekad lamanya, Obama merupakan ahli gereja yang aktif).

Walaupun mempercayai dan seterusnya memeluk Kristian secara rasmi, namun kedudukan Obama itu adalah jauh lebih baik berbanding ibu bapanya sendiri. Ini apabila bapanya, Barack Obama Sr yang asalnya beragama Islam bertukar menjadi ateis (namun jenazahnya sempurna dikebumikan secara Islam ketika meninggal dunia pada 1982) apabila berkahwin dengan ibu Obama, Ann Dunham yang dipercayai juga seorang yang ateis.

Menyebut mengenai ibunya itu yang turut banyak memberikan pengaruh besar dalam hidupnya walaupun Presiden AS ini lebih dibesarkan oleh neneknya, Medelyn Dunham, Obama berkata, beliau mendapat inspirasi dalam hal ehwal agama daripadanya ibunya yang menganggap agama sebagai ekspresi manusia. Ibunya meletakkan agama dan identiti agama itu hanya sebuah fenomena dan apa yang penting dalam agama serta identiti agama adalah mengejar hakikatnya.

“Perbahasan yang rasional dan kritikal jauh lebih penting daripada sekadar mematuhi ajaran dan perintah suci agama. Islam, Kristian, Buddha dan agama-agama lainnya hanyalah dianggap sebagai satu jalan menuju hakikat kebenaran,” katanya.

Mujur tanggapan si ibu hanya memberikan satu pengetahuan kepada Obama dari langsung menyebabkan si anak dari turut mengikut jejak langkah si ibu itu.

Namun mari kita bandingkan dengan seorang anak muda dari Pasadena, AS, Micheal David Shapiro. Beliau mungkin turut mempercayai ateis tetapi tidak seperti ibu Obama, dia berjaya membuktikan bahawa agama tidak sekadar mematuhi ajaran dan segala perintah-perintah yang suci.

“Saya mula bertanya pada diri sendiri mengenai jumlah tuhan yang perlu saya percaya. Namun saya tidak mampu untuk mempercayai lebih dari satu tuhan. Tuhan yang dibahagikan kepada dua atau lebih lazimnya lemah berbanding tuhan yang satu. Jika ’seorang’ tuhan tidak setuju dengan tuhan yang lain, tentu akan membangkitkan pergaduhan di antara tuhan-tuhan ini. Jadi saya percaya manusia hanya boleh percaya kepada satu tuhan sahaja,” katanya.

Begitu pun bagi bertindak adil, Michael memberi peluang kepada dirinya untuk mencari kelebihan apabila menjadi seorang yang ateis.

“Tetapi saya menyedari sepenuhnya setiap penciptaan mesti ada yang menciptanya. Jika tuhan itu tidak wujud, mustahil bumi, alam semesta dan segala yang terkandung di dalamnya wujud. Jadi, benarlah tuhan itu mesti wujud. Namun percaya sahaja tidak cukup kerana saya perlu mengenali tuhan tetapi di mana saya harus bermula kerana terdapat ‘beribu-ribu’ tuhan yang wujud seperti yang didakwa oleh pelbagai pengikut,” katanya.

Oleh kerana Michael mempercayai Tuhan Yang Satu, lalu beliau menyenarai pendek kepada agama yang percaya hanya pada satu tuhan atau monotheistic.

“Ini menjadi usaha saya lebih mudah,” katanya.

Micheal tidak perlu untuk mengkaji agama Buddha dan Hindu disebabkan kedua-dua agama ini merupakan kepercayaan polytheistic atau berbilang tuhan yang dinampakkan dalam bentuk berhala. Maka agama yang percaya kepada ketuhanan yang satu yang perlu dikaji oleh Micheal ialah Yahudi, Kristian dan Islam. Lalu beliau bermula dengan agama Yahudi sementelah beliau sendiri dilahirkan sebagai Yahudi, iaitu percaya kepada satu tuhan, beberapa orang nabi dan 10 Rukun (Commandments) , Kitab Taurat dan Jiwa Yahudi.

“Jiwa yang Yahudi? Apabila saya mengkaji frasa ini, saya menemukan ayat yang menyebut; ‘Jika anda dilahirkan sebagai Yahudi maka anda mesti mempunyai jiwa seorang Yahudi dan mesti mematuhi segala keyahudian (Judaism) yang ada’. Kenyataan ini membuatkan saya sangat terkejut, tidakkah ini satu diskriminasi? ! Agama ini tidak bersifat universal. Jadi tuhan ciptakan Jiwa Yahudi, Jiwa Kristian dan Jiwa Islam? Setahu saya tuhan ciptakan manusia sama rata tanpa ada sebarang darjat yang memisahkan antara satu sama lain. Oleh kerana dia dilahirkan dalam sesuatu agama, maka tuhan meletakkan dekri yang dia mesti kekal pada sesuatu agama itu walaupun si penganut itu tahu ada sesuatu yang palsu mengenai agamanya itu, adakah itu maksudnya,” soalnya.

Ini menyebabkan Micheal tidak dapat bersetuju dengan agama itu walaupun telah dilahirkan sebagai Yahudi.

“Seperkara lagi persoalan mengenai neraka juga tidak dibincangkan secara serius dalam agama Yahudi. Jadi apa perlunya melakukan kebaikan, dan apa salahnya melakukan kejahatan? Jika saya tidak ditakutkan dengan hukuman yang tegas jadi apa perlunya saya mempunyai sikap dan moral yang baik,” kata Micheal.

Setelah sanggup meninggalkan Yahudi, Micheal mencari pula mengenai Kristian.

“Pada mulanya, saya tidak bermasalah, tetapi apabila diulang kali membacanya, satu tuhan yang terdiri bapa tuhan, anak tuhan dan Ruhul Kudus, bagaimana ini dapat dijelaskan secara logik. Bagaimana ketiga-tiga unsur ini merupakan Tuhan yang Satu. 1+1+1=3, betul? Saya masih memberi peluang dengan mendapatkan sebanyak mungkin penerangan mengenai konsep Triniti ini, namun setelah banyak melakukan analogi sekali pun, konsep ini tidak dapat saya terima, akal saya tidak mampu untuk menerimanya, ” katanya.

Begitupun Micheal mengharapkan logik pada doktrin Kristian yang lain. Ini termasuklah Nabi Isa a.s mati kerana dosa-dosa kesemua pengikutnya.

“Baginda melakukan ini disebabkan kita semua diselubungi Dosa Warisan (Original Sin). Oleh kerana Nabi Isa merupakan anak tuhan, jadi dia sanggup mati disalib bagi menyelamatkan orang lain dari neraka dan menyelamatkan dari dosa yang ditinggalkan oleh Nabi Adam. Jadi, kita semua ini dilahirkan sebagai seorang yang berdosa termasuklah bayi yang baru berusia setahun sudah menanggung dosa dalam usia semuda itu. Ini pelik, dek kerana perbuatan seorang manusia, seluruh manusia yang lain perlu menanggungnya, ” kata Micheal.

Tetapi Nabi Isa wafat disebabkan baginda ‘menyeru kepada kasih sayang sesama umat’.

“Tetapi mengapa di dalam kitab Injil diceritakan baginda merintih ketika hendak disalib sambil berkata; Bapa, tidakkah Kau mengampuniku? Jadi adakah ini bermakna Nabi Isa tidak memahami mengapa baginda hendak dibunuh dengan kejam tetapi doktrin mengatakan Nabi Isa secara sukarela dirinya dibunuh,” katanya.

Ini membuatkan Kristian juga tidak ada tempat di hati Micheal. Lalu apakah ajaran yang seterusnya untuk anak muda ini percaya dengan segala kebenaran-kebenaran yang kuat atau sekurang-kurangnya dapat diterima oleh akal yang logik?!

“Saya tidak menghadapi masalah untuk memahami Islam. Tidak ada pada agama itu yang boleh menimbulkan konflik pada logik akal saya. Kitab suci al-Quran itu sendiri sangat menakjubkan dan begitu bersesuaian untuk semua zaman dan masa, seolah-olah seperti baru dikarang (diwahyukan) . Banyak bukti saintifik ditemui dari kitab itu sedangkan kitab itu ditemui sejak 1,400 tahun dahulu. Tetapi adakah agama ini bersifat sejagat, agama untuk semua tetapi yang lebih menghairankan Islam dinyatakan untuk semua tanpa memilih kaum, bangsa, warna kulit, bahasa dan asal usul manusia. Namun lebih menghairankan nama agama itu sendiri, iaitu Islam dinyatakan dengan banyak kali dalam al-Quran. Jadi benarlah Islam satu agama,” tambahnya.

Kata Michael, dia tidak menemui sebarang perkataan agama Yahudi ada disebutkan dalam kitab Taurat mahupun agama Kristian dalam kitab Injil, sekalipun dalam Kitab Perjanjian Lama kecuali manusia itu sendiri yang memberikan nama-nama itu, bukan tuhan. Tidak perlu lama bagi Micheal untuk mempercayai agama mana yang layak untuk dianuti. Setelah terjawab segala persoalan maka tanpa ragu anak muda ini memeluk Islam dan selamanya beliau tetap yakin pada Islam setelah “berkenalan” dengan apa juga yang didakwa sebagai agama!


Salah satu ciri orang-orang beriman ialah orang-orang yang saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran.

Kesabaran itu adalah bekalan orang yang terpaksa, dan kerelaan itu adalah darjat ketinggian para arif.

Syukur dan sabar merupakan saranan meningkatkan kualiti diri agar lebih berharga dalam pandangan Allah.

Setiap hari kita selalu dituntun oleh keinginan. Kalau tidak sabar, keinginan inilah yang akan menjerumuskan kita. Luruskan niat ketika datangnya keinginan.

Kita dikurniakan oleh Allah keinginan. Keinginan itulah yang menuntun sikap. Kalau tidak sabar, kita kehilangan niat. Padahal niat adalah kunci agar amal diterima.

Berhati-hatilah, nafsu akan membutakan kita dari kebenaran. Kita harus sabar untuk bertanya, benarkah niat saya ini? Betulkah tujuan saya? Mintalah petunjuk kepada Allah.

Kegagalan itu adalah ketika kita tidak sabar menghadapi sesuatu hal yang tidak sesuai dengan keinginan kita.

Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis
bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik

Cantik seorang wanita itu, sebagai remaja
tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah

Cantik seorang wanita itu, sebagai Hawa
tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam

Cantik seorang wanita itu, sebagai anak
tidak menjerat diri pada kedurhakaan

Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri
merempuh badai di sisi suami

Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu
menjauhi persekongkolan ipar lamai

Cantik seorang wanita itu, sebagai ibu
membuai anak, kala suami menjalin mimpi

Cantik seorang wanita itu, sebagai mertua
telus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantik seorang wanita itu, sebagai nenek
menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit

Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara
peka membela nasib dan maruah negara

Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua
menghitung hari dengan selembar mashaf

Cantik seorang wanita itu, sebagai intelektualis
menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah
mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah...


Secara amnya, bila berbicara hal demokrasi dalam pilitik kampus, rata-rata mahasiswa akan melihat akan kualiti dan kredibiliti sesebuah parti politik kampus tersebut sebelum mendukung dan mengangkat parti tersebut sebagai pilihan. Menyebut pula hal kualiti dan kredibiliti parti, sudah pasti itu adalah transaksi gambaran dalaman dan persona-persona yang mendukung kuat dan menjadi pemimpin di dalam parti tersebut.

Merujuk hal berikut, peribadi-peribadi yang berada di dalam sesebuah parti itulah sebenarnya menjadi pokok pandang dan tauladan yang mampu memberikan pengikut dan simpatisannya (penyokong) sentiasa menyakini karisma dan kemampuan barisan pimpinan untuk memimpin tunjang visi dan misi parti pro-islami tersebut.

Tarbiyah siyasah yang bermakna pendidikan politik adalah merupakan hal yang sangat penting untuk difahami oleh setiap barisan pimpinan parti pro-Islam di kancah politik kampus. Ini kerana pemahaman politik yang difahami bukanlah bermakna hanya rencah ilmu politik kampus umum semata iaitu untuk memperoleh kuasa pimpinan dan mempertahan kekuasaan . Akan tetapi, berpolitik kampus di sini ialah untuk menegakkan nilai-nilai kebenaran ilahiah dan memperjuangkan kepentingan dan maslahat masyarakat kampus. Berkuasa untuk melayani ummat mahasiswa dan memimpin untuk memperbaiki sistem yang tidak berpihak kepada nilai-nilai kebaikan dan kebenaran. Itulah lahang yang menjadi misi sesebuah parti pro-Islam di dalam kampus sesebuah universiti.

Dakwah, satu ayat yang membawa erti sangat besar malah satu ketika mendengar sahaja sudah membuat sesetengah pihak itu fobia dan sensitif. Dakwah yang bertujuan menyeru manusia untuk kembali kepada nilai-nilai Islam secara komprehensif bukanlah perkara yang asing di dalam kamus perjuangan parti pro-islami malah penyeruan ke arah pembaikan sahsiah, intelek, maslahat fizikal juga merupakan salah satu jahan kepada dakwah. Hal ini tidak memdeskriminasikan antara politik kampus dan dakwah bahkan asas dan misi sesebuah parti pro-islam itu adalah dakwah itu sendiri yang mengajak ke arah pembaikan dari segala aspek kehidupan mahasiswa baik dari hak kerakyatan mahasiwa mahupun hak pembaikan dalaman peribadi seorang mahasiswa tersebut.

Sehubungan dengan itu, memastikan kejayaan misi sesebuah parti pro-Islam itu adalah suatu perjuangan yang sangat sukar dan memerlukan strategi tertentu demi untuk melihat akan kejayaan yang hakiki iatu kejayaan untuk melihat kebenaran dan kebaikan itu benar-benar termaktub di dalam wilayah kampus tertentu.

Mari kita melihat dasar dan asas kemenangan sesebuah parti itu, selain dari tahap intelek, peduli ummah, kualiti karismatik pemimpin, dan segala macam perancangan pembaikan maslahat, perlu diteliti juga tahap keruhanian dan keimanan sang pemimpin. Kembali kepada sejarah Islam semula. Di penghujung tahun 12Hijrah, Abu Bakar telah mengirimkan pasukan untuk membebaskan negeri-negeri Syam dari genggaman Romawi. Amr bin Ash r.a dipilih sebagai panglimanya. Pada perang tersebut, jumlah pasukan Islam 40 000 orang, sedang jumlah pasukan Romawi adalah 200 000 orang. Skala pembandingannya adalah satu perlima. Namun akhirnya, kaum muslimin juga yang berjaya mengalahkan mereka. Jumlah yang tak seimbang namun pasukan yang sikit itulah yang mampu menumbangkan pasukan yang lima kali ganda lebih banyak. Apakah penyebabnya?…..adakah pertolongan Allah itu datang tanpa mendasari juga kepada keimanan para prajurit2 Islam tersebut? Kita telah yakin terhadap keimanan para sahabat, yang tidak mampu dibandingkan dengan keimanan manusia di abad mana pun. Terhadap ibadah mereka, kita juga tidak ragu. Kisah-kisah yang menakjubkan tentang peribadi-peribadi yang bekerja kerana Allah itu, tidak dapat dinafikan pada siang hari mereka bersemangat waja di dalam medan pertempuran dan menunggang kuda walaupun pada malam hari mereka giat bersama Tuhan mereka.

Seorang pendakwah di bumi mesir, Syeikh Juma’ah Amin berkomentar pada salah satu ceramahnya

mereka mampu menjadi para penunggang kuda di siang hari kerana mereka telah terlebih dahulu menjadi rahib-rahib di malam harinya” .

Itulah kekuatan yang Allah berikan pada peribadi-peribadi tersebut, atas keimanan dan hubungan yang dekat dengan Allah itulah, DIA telah memberikan kemenangan dakwah kepada mereka dan mereka mampu untuk bekerja kepada Allah. Malah atas dasar keimanan mereka itu juga maka tertegaknya agama Islam yang kita anuti sekarang ini, tersebarnya hingga ke tanah Malaysia malah di mana-mana sahaja…..dakwah Islam itu menjadi sesuatu yang luas dan menjadi misi utama hidup mereka sekalipun dilemparkan di bumi asing …dan hal kekuatan perasaan ini takkan hadir tanpa didasari kepada keimanan dan keikhlasan amal kepada Allah..

Subhanallah, itu mungkin alkisah perjuangan para sahabat Rasulullah, lihat sahaja Rasulullah (juga seorang politikus), bukan setakat menangis di malam hari malah tumit kakinya diriwayatkan pecah lantaran kerapnya baginda bangun malam memohon keampunan dan pertolongan dari Allah swt. Mungkin ada yang beranggapan peristiwa itu mungkin terlalu jauh dari era kotemporari kita sekarang, sudah terlalu lapuk bentuk dan perjuangan yang dibawa Rasulullah bersama sahabat. Ya mungkin, tetapi ingat iman, ikhlas, semangat dan amal takkan pernah lapuk dek zaman malah jika mahu dibandingkan kita dengan mereka, seumpama berjuta hektar terlalu jauh kualiti dalaman berbanding dengan kita yang hidupannya telah divirusi oleh simptom-simpton virus hedonisme, virus keselesaan, virus hiburan melampau, virus asyikan cinta berlainan jantina hingga menjadi barah yang sukar diubati.

Namun, sejarah beberapa dekat lalu turut membuktikan. Kehebatan perjuangan suci Muhammad alFatih pada zaman 1400-an tak dapat dinafikan baik dari orang barat mahupun muslim. Terlatih dengan kehidupan yang sederhana kemudian dididik dengan ilmu seimbang ukhrawi dan duniawi. Jelas nyata memberikan buah penghasilan yang begitu besar di mata Islam. Tertawannya kota Konstantinopel itu bukanlah suatu kejayaan biasa tetapi satu kegemilangan yang luar biasa yang akhirnya setelah 800 tahun barulah ungkapan hadith Rasulullah tentang Konstantinopel menjadi realiti. Jika diperhalusi taktik dan strategi yang digunakan oleh baginda tuan Muhammad al Fatih, jelas kebijakan intelek menjadi sumber kejayaan namun jauh dari sudut pandangan telanjang mata manusia, baginda bukanlah calang-calang orang di hadapan Allah ta’ala. Keimanannya jelas lebih hebat dari kader tenteranya, ibadahnya jauh lebih biasa yang dilakukan oleh peorangan ketika zamannya itu. Lihat, masih releven kisah Muhammad alFateh dengan kita walau angka perbandingan waktu telah mencapai kepada 600 tahun namun sikap dan unsur dalaman masih tetap releven biar di era mana sekalipun.

Konklusi dari semua ini, politik dan dakwah adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan istilahnya dari kaca mata parti pro-islam. Keberhasilan dan kesuksesan berpolitik atau jihad siyasi ini harus berimpak kepada dimensi kehidupan dunia lahiriah dan fikrah mahasiwa. Yang berhujung pangkal kepada pencerdasan anak bangsa dan percetakan generasi rabbani di dalam universiti dari pelbagai aspek pandangan, baik dari aspek sosial budaya, pemikiran, moral dan hak-hak kerakyatan universiti. Ia harus selaras juga dengan cara mewarnai suasana kampus itu dengan suasana yang cantik hakiki dan sembuh dari penyakit-penyakit virus yang disebutkan sebelum ini. Kerana tiadanya penciptaan ubat dari sang penguasa yang baik, orang bawahan akan terus selesa dengan keadaan yang sedia ada, dan orang bawahan hanya akan mampu bertindak sewajar limitasi akta. Jadi, marilah kita menilai tahap keadaan diri masing-masing. Transaksi kejayaan sesebuah parti bukan hanya kepada kecekapan dan ruhaniah barisan pemimpin sahaja tetapi juga barisan penyokong yang pastinya terdorong dari revolusi yang dilakukan pihak pucuk pimpinan. Wallahuallam

Disini saya cuba mencoretkan tentang perkembangan politi semasa yang menzahirkan kepada kita tentang pelbagai konflik yang timbul.Ianya berlaku dalam kedua-dua parti samada parti pemerintah atau parti pembangkang..Disini saya cuba menulis sesuatu mengikut kefahaman saya dari sudut politik tentang konflik politik yang timbul dan penyelesaiana yang telah dibuat dan akan dibuat...

1. Dato' Seri Ong Tee Keat bertelagah dengan Dato' Seri Chua Soi Lek. MCA mengadakan mesyuarat agung khas dan akhirnya kedua-dua mereka memilih berdamai.

2. Dato' Zaid Ibrahim mengengkari arahan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk tidak ke Sabah dan Sarawak. Selepas lawatan Zaid itu, akhirnya PKR mengugurkan Azmin Ali sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Sabah.

3. Dato' Nik Aziz Nik Mat mempertikaikan kepimpinan Dato' Abd Hadi Awang, Nasaruddin Mat Isa dan Dato' Mustafa Ali. Semalam PAS bermesyuarat. Keputusannya sudah dijangka, semua akan menjadi OK dan kembali seperti biasa.

4. Ahli-ahli UMNO mempertikaikan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Akhirnya, kedudukannya sebagai presiden parti itu diambilalih oleh Dato' Seri Najib Tun Razak.

Politik berkait rapat dengan kuasa. Perebutan kuasa bukan saja berlaku di antara parti-parti politik, tetapi juga dalam parti-parti politik. Ia bukanlah sesuatu yang aneh. Sama ada parti akan menjadi kuat atau sebaliknya, bergantung kepada bagaimana konflik itu dikendalikan. Ia adalah satu proses seperti tarik tali -- tidak boleh terlalu tegang sehingga putus, tidak boleh juga terlalu kendur sehingga tidak melakukan apa-apa.

Dalam konteks UMNO, saya fikir Najib telah melaksanakan tugasnya dengan baik. Fasa pertama kepimpinannya ialah memberikan tumpuan kepada pengurusan negara. Beliau berusaha membina keyakinan rakyat kepada kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional. Dalam fasa kedua, Najib mula memberikan perhatian kepada parti -- Barisan Nasional dan UMNO. Saya menjangkakan beliau akan melakukan beberapa perubahan lagi dalam parti itu.

Tentunya, Ong Tee Keat juga akan menentukan parti itu stabil selepas melalui pertelingkahan kepimpinan. Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail juga akan melakukan hal yang sama. Pergolakan yang berterusan tidak bagus untuk masa depan parti itu. Begitu juga dengan PAS. Saya percaya Tn Guru Abd Hadi Awang juga bimbang parti itu yang mendapat mandat yang agak baik dalam PRU12 nanti akan hilang keupayaan mempengaruhi pengundi sekiranya ia dilihat bergolak dengan pelbagai isu dalaman.

Kesemua konflik ini adalah perkara biasa dalam politik dan parti-parti politik. Apa yang membezakan ialah "kepimpinan" yang ditunjukkan. Tatkala ini kita dapat melihat sama ada mereka mempunyai kemampuan memimpin atau mereka hanyalah sekadar pemanas kerusi.

Secara peribadinya, saya berminat menganalisis corak kepimpinan dan strategi penyelesaian konflik yang akan digunakan. Adakah mereka akan menyapu kesemua isu ke bawah karpet dan menjadi burung kasawari yang membenamkan kepala ke dalam pasir dan menganggap tidak melihat masalah tersebut? Atau, adakah mereka akan menghadapi kesemua isu-isu tersebut dan mencari penyelesaian yang bersifat muafakat (collaboration)? Mungkinkah mereka berpegang dengan mantra politik tradisional yang melihat pertentangan (confrontation) sebagai satu-satunya kaedah penyelesaian masalah?

Warren Bennis dan Peter Drucker menyebut, "Management is doing things right. Leadership is doing the right things."

Sama-sama kita tunggu dan lihat!

Salam Perjuangan diucapkan kepada seluruh mahasiswa/i Ukm yang mana pada masa dan ketika ini sehingga 13/11/09 akan berjuang habis-habisan semata-mata untuk memastikan dirinya akan mendapat kejayaan yang cemerlang. Dikesempatan ini saya ingin mengingatkan kepada seluruh mahasiswa/i agar setiap apa yang kita lakukan mestilah meletakkan pergantungan kepada ALLAH. Segala usaha kita yang dilakukan adalah merupakan syarat untuk mencapai kejayaan namun anugerah kejayaan hakiki hanya dimiliki oleh ALLAH, hanya dia yang berhak menentukan segala-galanya. Sekiranya ada dikalangan kita gagal diakhir pertempuran ini, maka janganlah kita mengalah dan berputus asa kerana seinfiniti hikmat yang tersirat sedang menanti kita di masa hadapan. Dan bagi mereka yang berjaya ingat!!!! jangan sesekali lupa akan Allah s.w.t, kerana dialah yang menganugerahkan kita sebuah KEJAYAAN. Justeru Ayuh Mahasiswa Langkah dengan Bijaksana, Berjalan dengan Keyakinan, Mara dengan Ketabahan, Tempuhi dengan Kekuatan, Rempuhi segala Rintangan, Pantang Berundur Sebelum Mencapai Kejayaan...Hidup dalam Perjuangan jangan sesekali takut Kecundang, Doa kita jadikan Teman untuk kePuncak Impian..INSYAALLAH KEJAYAAN MILIK KITA BERSAMA....

Kerisauan pembaziran kerajaan semakin menjadi-jadi lantaran lambakan tindakan kerajaan mengurus kewangan ke arah pembaziran. Walaupun keadaan ekonomi dunia tidak menentu, sikap kerajaan masih kelihatan degil dengan rungutan rakyat bawahan betapa dasar suntikan stimulus ekonominya untuk rakyat tidak dapat menutup seberapa banyak pembaziran yang kian jelas hari ini.


Perdana Menteri berkata, perkembangan positif ekonomi memperlihatkan kadar pengangguran yang kian berkurangan sebanyak empat peratus manakala kadar pinjaman bank meningkat 10 peratus.

Serentak itu, beliau menegaskan, kerajaan akan terus memastikan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama dan Kedua serta perbelanjaan peruntukan bajet tahunan dapat memberi impak positif kepada ekonomi negara. (sumber daripada web 1 malaysia)

“Kesan positif ini turut disokong oleh harga komoditi, pasaran saham dan keyakinan pelabur yang semakin meningkat”. Kata Perdana Menteri. Memang benar kadar kehadiran pelabur meningkat (2008) berdasarkan peningkatan FDI ( Perlaburan Langsung Asing) akibat liberalisasi ekonomi oleh Perdana Menteri. Namun tiada jaminan mereka akan kekal dan ‘setia’ untuk menyuntik ekonomi Malaysia selamanya berdasarkan kes 1998 di mana pelabur melarikan diri akibat ketidakstabilan polisi kawalan modal serta peningkatan kadar upah buruh.

Sebelum itu Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, ekonomi negara menguncup lebih teruk berbanding unjuran sebelumnya apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2009 berada di paras -6.2 berbanding 7.4 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu berikutan krisis semasa ekonomi dunia terus berlarutan. Suku kedua pula 2009 menyaksinya pengucupan ekonomi negatif 3.9.

Kejatuhan upaya negara ditunjuk melalui penurunan Malaysia ke tangga 21 berbanding 19 pada tahun 2007 dalam Indes Pertumbuhan Daya Saing dan antara punca kemerosotan ini pastilah budaya boros.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan memberitahu, kini pertumbuhan ekonomi negatif suku tahunan pertama yang dialami sejak suku ketiga 2001.

Alasan beliau, pertumbuhan negatif itu disebabkan oleh kesan kelembapan ketara ekonomi dunia dan perdagangan antarabangsa yang telah menjejaskan permintaan eksport negara sejak separuh kedua 2008. Bagaimana pula dengan status rizab emas negara? Adakah ia juga disebabkan perdagangan antarabangsa yang memberi kesan secara langsung?

Rizab emas itu telah merundum kepada hanya 12 tan sahaja sehingga 31 Julai 2009 berbanding 72.7 tan, menurut statistik Bank Negara Malaysia dan data antarabangsa.

Penyusutan mendadak itu dikatakan memaksa Kementerian Kewangan mengarahkan Bank Negara untuk hanya mengistiharkan simpanan emas negara dalam bentuk nilai matawang dolar Amerika ialah AS379 juta (RM1.1.35 bilion) dan tidak lagi dalam bentuk kuantiti.

Kerajaan Malaysia telah menjual separuh daripada simpanan emas itu, menyebabkan jumlah itu susut kepada 36.3 tan atau 1.17 juta aun pada Ogos 1999.

Perubahan drastik ini bermakna BN telah menjual rizab emas negara sebanyak 60.7 tan atau 1.95 juta aun sepanjang tempoh 19 tahun lalu bernilai lebih USD1.91 bilion atau RM6.83 bilion.

Simpanan emas itu terus menurun sehingga mencapai tahap paling rendah sejak tempoh 20 tahun iaitu 12 tan.

Sehingga ini, dikhabarkan tidak ada usaha dibuat oleh kerajaan untuk mengesan wang hasil penjualan emas itu atau menyiasat pihak yang terbabit.

Lebih mengelirukan lagi rakyat tidak diberikan maklumat tepat mengenai kedudukan sebenar rizab emas negara kerana Bank Negara melonggokkan nilai emas itu bersama “gold swapped” atau emas yang ditukar. Jika benar rizab emas menyusut adalah rentetan kempen anti pembangkang yang dijalankan oleh kerajaan sejak zaman pentadbiran Dr Mahathir, jelas ia tersasar dari agenda ekonomi rakyat.

Budaya pembaziran dan salah laku wang rakyat telah menjadi resepi utama kepimpinan yang sedia ada seperti kes salah guna peruntukan RM 2.5 juta untuk negeri Selangor melibatkan ADUN Ijok, Bukit Melawati, Permatang dan Sungai Burong. Wang yang sepatutnya diagihkan untuk kesenanagn rakyat sepanjang 12 bulan hanya dibazirkan untuk kempen pilihanraya Mac 2008 yang lalu. (sumber Selcat)

Pembaziran dana rakyat kerajaan negeri juga berlaku di Melaka apabila Dto’ Seri Ali Rustam menggunakan sebanyak RM 9.3 juta (bermula 2001 hingga 2009) peruntukan negeri untuk membiayai penerbitan Melaka Hari ini yang menjadi propaganda BN Melaka. Bahan bercetak ini mengalami kerugian sebanyak purata RM 500 000 bermula 2006 hingga 2008. Sepatutnya politikus memilki akhbar sendiri untuk menyebarkan propaganda bukan menggunakan wang rakyat sebanyak itu yang sebenarnya mampu membina 300 rumah rakyat miskin.

Tidak kesal dengan kemerosotan rizab emas negara yang kini hanya dipandang dari sudut nilai bukannya fizikal emas lagi, kini pemimpin negara berserabut pula dengan skandal PKFZ yang jelas menunjukkan ketirisan wang rakyat kepada segelintir kapitalis politik yang merugikan lagi negara.

Kerugian akibat ketirisan wang rakyat cuba ditampung melalui harga minyak dan memperkenalkan jenis minyak baru sekaligus meningkatkan harga minyak jenis yang bukan RON95 juga (contohnya V power Shell). Menteri Perdagangan Dalam Negeri berhujah bahawa minyak mentah dunia telah melepasi USD80 se-tong sedangkan tiada bukti harga minyak dunia naik melepasi USD 80 se-tong.

Nisbah perlaburan langsung asing (FDI) kepada KDNK menunjukkan trend penurunan sejak 10 tahun lalu. Dalam tempoh 1992-1997 nisbahnya adalah 7.3 %, menurun kepada 4.2% pada tempoh 2002-2007(walaupun meningkat mendadak pada 2008). Pertumbuhan ekonomi negara pula sejak 2000-2007 hanyalah 5.6% berbanding 8.1% bagi 7 tahun sebelumnya.

Kemerosotan ekonomi perlu ditangani melalui perletakan individu bijak ekonomi dalam kerajaan. Namun hal ini meleset (sebagai contohnya) apabila Dato Idris Jala bekas CEO MAS yang gagal menyelesaikan kerugian MAS sebanayak RM 8 billion dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Apabila kroni dan nepotisme menjadi ramuan, maka kerosakan yang terjadi boleh dilupakan malah diberi peluang berkauasa dalam kerajaan.

Pemborosan melalui dana sukan RM 16 juta semata-mata memburu pingat emas Olimpik London 2012 juga membawa petaka kepada rakyat. JIka dana sebesar itu ingin digunakan untuk ‘membela’ segelintir atlet negara sepanjang 2009-2012, ia pelru dijelaskan secara terperinci dan bagaimana kerajaan memastikan tiada ketirisan wang ke dalam poket segelintir manusia yang menangguk di air yang keruh. Malaysia juga belum menunjukkan rekod baik dalam usaha ‘mendidik’ atlet bekerja bukan sekadar nama dan kemasyuran sebaliknya membenci rasuah dabn penyelewengan yang telah lama membarah dalam sektor sukan negara kita.

Suntikan stimulus ekonomi Malaysia bukan sedikit. Sebanyak RM 7 billion dimulakan oleh kerajaan dan disusuli dengan pakej kedua iaitu sebanyak RM 60 billion. Dicelahan usaha menstabilkan kewangan negara, kerajaan mengisytihar pula usaha untuk menjayakan F1 1 Malaysia yang cukup mahal setanding dengan projek PKFZ. Proton adalah antara syarikat yang dilibatkan walaupun sedang sakit tenat mengalami kerugian. Sedangkan Litar F1 Sepang memerlukan belanja sebanyak RM 308 juta setiap tahun inikan pula projek F1 1 malaysia pula akan dijalankan. Nampaknya jika apa-apa berlaku kepada Naza, Proton dan Air Asia (syarikat-syarikat yang terlibat dengan F1), kerajaan akan sedia menyelamatkan (bail out) semua syarikat berpengaruh tersebut dan semestinya ia akan mengurangkan bajet untuk rakyat jelata.

Agenda ekonomi yang tidak pro rakyat, pasti akan memberi kesan jangka panjang yang menjadikan iklim ekonomi negara kian tenat.
Jika dilihat dengan teliti adakah alasan untuk pembekuan penempatan guru itu disebabkan kelembapan ekonomi....adakah benar2 relevan & logik??sama2 kita fikir & nilaikn...



1. Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru - baru ini cukup memilukan .

2. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar . Musnah harta benda dan binasa segala nyawa .

3. Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha' dan Qadar Allah swt .

4. Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman , bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt .

5. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

6. Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]

7. Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .

و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا


17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب


8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

8. Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .

9. Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .

10.Menyeru seluruh rakyat negara ini agar kembali kepada Islam sekaligus meninggalkan maksiat dan mungkar [ zina , pergaulan bebas , pendedahan aurat , judi , arak , rogol , rompak , samun , rasuah , salah guna kuasa , zalim dan 1001 perkara mungkar ] agar seluruh rakyat dan negara di berkati dan dirahmati oleh Allah swt .

Tahun 2009 wajar diisitihar sebagai tahun pilihanraya kecil. Apa tidaknya, bermula dengan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu (Januari, 2009), kemudian 3 pilihanraya kecil serentak di Parlimen Bukit Gantang (Perak) dan DUN Bukit Selambau dan DUN batang Ai pada bulan April, 2009, DUN Penanti (bulan Mei, 2009), Manek Urai (Julai, 2009) dan Permatang Pasir (Ogos, 2009).Jika Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak campor tangan dan menghalang pilihanraya kecil 3 DUN di Perak Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. maka jumlah pilihanraya kecil sudah pasti bertambah.

Sungguhpun begitu, dalam keadaan SPR cuba untuk mengelak diadakan pilihanraya kecil DUN Kota Seputeh di Kedah, takdir Allah mengatasi segala-galanya. Pada mesyuarat yang di jadualkan Isnin, 14hb. September. (Gambar - pantai tenang Bagan Pinang akan bergelora tidak lama lagi)

SPR hanya mampu menentukan tarikh pilihanraya DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan dalam tempoh 60 hari sahaja akibat kematian penyandangnya, Azman Mohd Nor baru-baru ini

Pilihanraya kecil yang ke-9 selepas pilihanraya umum ke-12 cukup menarik. Kenapa dikatakan menarik kerana inilah kali pertama diadakan di kawasan Selatan Semenanjong yang menjadi kubu kuat UMNO yang sukar ditembusi sebelum ini.

Tambahan pula ianya diadakan di Negeri Sembilan yang mana majoriti BN pada kali ini tidaklah sekukuh sebelum PRU ke-12 sebelum ini. Perbezaan antara BN dan PR hanya 6 kerusi sahaja, yakni di mana BN ada 21 kerusi dan PR pula 15 kerusi.

Jika dilihat secara terperinci pada pilihanraya kecil di Semenanjong sebelum ini, PR berjaya mempertahankan semua kerusi yang disandang mereka sebelum ini (Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti, Manek Urai dan Permatang Pasir disamping merampas kerusi Kuala Terengganu dari tangan UMNO dan BN.

Kerusi Bagan Pinang ini adalah milik UMNO dan BN di mana mereka menang dengan majoriti 2,333 undi keatas calon PAS. Calon UMNO Azman Mohd Nor mendapat 6430 berbanding dengan calon PAS, Hj Ramli Ismail mendapat 4097.

Berbanding dengan pilihanraya umum ke-11 pada tahun 2004, calon PAS dalam pilihanraya umum ke-12 berjaya mengurangkan majoriti BN sebanyak hampir 50 %, yakni dari majority undi 4411 kepada 2,333 sahaja dimana PAS Berjaya meningkatkan undi dari 1,556 kepada 4,097.

UMNO terselamat di DUN Bagan Pinang ini dalam pilihanraya yang lepas kerana undi pos berjuimlah lebih 5,000 pengundi. Jika tidak ada undi pos, calon UMNO agak sukar untuk mempertahankan kerusi ini kerana peningkatan PAS begitu mendadak.

Malah jika PAS berjaya mengekalkan prestasi undi yang didapati dalam pilihanraya yang lepas, dan UMNO tersilap dalam percaturan pemilihan calon seperti di Kuala Terengganu sebelum ini, tidak mustahil kerusi ini akan bertukar tangan kepada pihak lawan.

Disebabkan tergugat dengan perkembangan semasa politik yang tidak memihak kepada UMNO dan BN sekarang ini, nama Tan Sri Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan Naib Presiden UMNO yang baru dibebaskan penggantungan dari kesalahan politik wang cuba ditonjolkan semula sebagai calon UMNO dalam pilihanraya kecil ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Mohamad Hassan selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri awal-awal lagi menyerahkan kepada UMNO Telok Kemang mencadangkan calon yang sesuai bagi pilihanraya kecil kali ini.

Jika Isa samad tidak bertandinmg kali ini, pihak-pihak tertentu dalam UMNO Telok Kemang mencadangkan anaknya yang bernama Najib yang menjadi aktivis pemuda di calonkan kerana mereka bimbang untuk kehilangan pengaruh Isa Samad dalam pilihanraay kecil ini.

Manakala PAS dan Pakatan Rakya pula dilihat begitu ghairah untuk membuat kejutan sekali lagi dalam pilihanraya kecil ini. Jika PAS berjaya mengurangkan majoriti dalam pilihanraya kecil ini sudah cukup untuk membnerikan pukulan maut kepada UMNO dan BN.

Calon PAS adalah Zulkifli Mohd Omar, Pesuruhjaya Negeri Sembilan dan beliau merupakan calon yang amar berintegriti serta bermaruah dan bersih daripada segala salahlaku rasuah.
Anwar Ibrahim pula awal-awal lagi mensasarkan PR akan memenangi kerusi Bagan Pinang dalam pilihanraya kecil ini sebagaimana kerusi-kerusi lain dalam pilihanraya kecil di Semenanjong sebelum ini.

Sudah tentu mereka tidak dapat banyak membantu memberikan undi India dan Cina yang menjadi pennetu di sini kepada UMNO dalam keadaan UMNO juga turut terlibat dalam mendalangi kekecohan dan demonsterasi membantah pemindahan kuil Hindu dari seksyen 19 ke seksyen 23, Shah Alam baru-baru ini.

Sekarang ini, UMNO dan BN terpaksa bergantung kepada undi pos dikalangan tentera bagi mementukan survival mereka di DUN Bagan Pinang ini. Jika pengundi pos tentera memprotes kepada calon UMNO bermakna harapan untuk BN mengekalkan kerusi ini adalah amat tipis sekali.

Ramai pemerhati politik menjangkakan, jika UMNO dan BN tewas pada kerusi ini bermakna harapan kerajaan Najib Tun Razak untuk terus memerintah selepas pilihanraya umum ke-13 adalah ibarat telor di hujung tanduk.

Malah menurut sumber, jika UMNO dan BN tewas dalam pilihnraya kecil ini, parti-parti komponen BN terutama dari Sabah dan Sarawak seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan lain-lain mungkin akan mengkaji semula kedudukan mereka dalam Barisan Nasional.
Sejauhmana kerajaan UMNO dan BN mampu bertahan selepas ini bergantung kepada kemampuan meraka mempertahankan kerusi ini. Jika mereka menang dengan majori yang meningkat secara mendadak, maka hayat mereka akan dapat bertahan seketika. Tetapi jika majoritinya berkurangan apatah lagi UMNO dan BN kalah dalam pilihanraya kecil ini, maka UMNO juga dijangka tumbang dua tahun lagi selepas 54 tahun memerintah sebagaimana LDP di Jepun baru-baru ini dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. -