.


Assalamualaikum,

Saya selaku umat islam merasa amat sedih dengan kejadian terbaru pembunuhan jemaah Islam yang sedang solat isyak di dalam masjid di selatan Thailand pada hari lepas...

Sudah tiba masanya umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia bersatu hati dengan mengambil tindakan memboikot produk pertanian Thailand.Malah alternatif import beras, sayur -sayuran dll boleh didapati dari Vietnam yang juga produktif dalam agrobusiness.

Pada masa yang sama, pengguna juga mempunyai tanggungjawab bagi membantu Malaysia mengurangkan import sayur-sayuran dari negara luar. Tanah kosong di belakang rumah, ataupun ruang kosong di balkoni apartmen boleh dimanfaatkan dengan menanam sendiri beberapa sayur dan herba yang menjadi keperluan dalam masakan seharian.

Begitu juga bagi perpaduan umat Islam sejagat, saya memohon UAE dan negara Arab lain untuk mencari negara alternatif bagi offshore farming yang sedang dirancang dan dalam peringkat akhir rundingan di Thailand.

Soalnya, kawasan yang nak dibangunkan untuk agrobusiness itu adalah di Thailand Selatan..jadi dengan kes pembunuhan yang mutakhir ke atas umat Islam disana, melabur bagi agrobusiness di Thailand Selatan seolah olah menyokong pembunuhan umat Islam.

Saya ingin menyeru UAE dan mana-mana negara Arab yang ingin membuat pelaburan di Thailand untuk " engage in constructive investment policy" ataupun mengenakan dasar Pelaburan Bersyarat. Syarat khas dalam pelaburan tersebut adalah memastikan pemerintah Thailand menghentikan pembunuhan kejam dan lain-lain tindakan yang menindas umat Islam di Selatan Thailand .

Sebarang perbicaraan umat Islam atas tuduhan subversif di mahkamah sivil pula hendaklah adil dan saksama. Beberapa pemimpin masyarakat Islam seperti Surin Pitsuwan, bekas Menteri Luar Thailand yang berpendidikan Harvard, atau panglima tentera Thailand Sonthi Boonyaratglin, yang beragama Islamwajar dimasukkan dalam perbincangan, supaya semua syarat -syarat pelaburan di Selatan Thailand adalah win-win situation bagi umat Islam dan juga pemerintah Thailand.


UAE dan negara Arab lain MASIH ADA PILIHAN. Agribusiness dan offshore farming masih boleh dibuat di negeri-negeri berteraskan pertanian di utara tanah air, pantai timur mahupun di Sabah mahupun Sarawak yang mana tenaga buruhnya masih murah.

Marilah kita sama-sama sedekahkan AL FATiHAH ke atas roh-roh orang Islam yang syahid dibunuh ketika sedang solat.

1 comments:

Desperate said...
This comment has been removed by a blog administrator.