.


Dalam konteks aktivis, pejuang mahasiswa, adalah SATU KEBIADAPAN apabila kita meletakkan diri kita sama aras dengan orang awam dari segi intelektual, dan juga visi perjuangan. Kita BUKAN BALACI politikus!

Mahasiswa yang memahami falsafah Rausyanfikir akan melihat dirinya mewarisi peranan baginda Rasulullah S.A.W dalam meng-transformasi-kan masyarakat daripada buruk kepada baik, daripada baik kepada lebih baik yang mana KUASA bukan lagi juzuk utama yang perlu dikejar bagi melahirkan perubahan yang unggul, seperti mana yang telah dizahirkan oleh baginda Rasulullah S.A.W dan para sahabat! Ini bukan teori mentah. Ini adalah satu konsep yang PENTING untuk difikirkan oleh golongan yang mendabik dada sebagai pejuang Islam terutamanya daripada golongan Mahasiswa.

Jikalau benar anda ingin melihat perubahan dalam masyarakat, maka anda perlu memiliki jiwa yang besar dan hati yang membumi dalam men-jembatan-i kepedihan, kesakitan, dan harapan antara rakyat dan kepimpinan masa depan yang unggul.

Melihat kekacauan dan kejelekkan politik semasa, rakyat sudah mula jadi bingung. Apakah politik ini untuk berkhidmat kepada rakyat atau perlu mencapai kuasa baru boleh berkhidmat?

Ternyata, respons daripada kedua-dua belah pihak yang ‘konon-nya’ membela rakyat hanya tinggal retorik palsu. Kerana kuasa, rakyat menjadi mangsa politicking Machiavelli. Etika (akhlaq) jauh panggang dari api. Yang sekular tu sudah tentu berperangai begitu, tapi yang lebih hairan, yang mengaku menjunjung KEADILAN pun sama ( malah yang faham pun bukan nak tegur)! Betul-betul tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya = zalim. Kalau pemimpin sebegini masakan tidak masyarakat rosak.

Puas sudah saya fikir apakah sebenarnya “jalan tengah” untuk kita selesaikan kemelut politik terutamanya di kalangan orang Melayu. Apakah perlu salah seorang ulama’ berwibawa mengangkat Al-Quran seperti dalam Perang Siffin?

Pada hemat saya, perlu ada “third force” dalam mengimbangi permasalahan ini. Dan calon yang paling relevan adalah golongan MAHASISWA.

Mengikut mazhab pemikiran Rausyanfikir (pemikir yang tercerah), Mahasiswa merupakan jambatan antara masyarakat dan kepimpinan, jambatan antara masa lampau dan masa depan dan pemangkin (catalyst) kepada pembangunan tamadun (bukan sahaja negara dan masyarakat!)

Bak kata Abu Hasif:

Negara ini memerlukan lebih ramai negarawan dan bukannya ahli politik sepanjangan hidup. Negarawan akan memikirkan persoalan bangsanya melebihi persoalan kekuasaan politik semata-mata.Politician think for next election,statesman think for next generation.

Demikianlah harapan sekelian rakyat agar negara ini ditabdir oleh mereka yang tidak berkepentingan. Kepentingan tertinggi pemimpin itu hanyalah rakyatnya dan bukan temboloq serta perut yang semakin membuncit. Negara ini sudah letih dengan harapan yang hanya tinggal harapan, negara ini tidak memerlukan lagi harapan tetapi memerlukan satu Realiti Baru.

Negara ini sudah cukup ramai ahli politik, kita perlu katakan CUKUP! Negara ini memerlukan lebih ramai NEGARAWAN!”

Ketika mana Ali Syariati merumuskan falsafah Rausyanfikir ini, sudah tentu model yang diguna pakai adalah berdasarkan baginda Rasulullah S.A.W. Harus diingat bahawa baginda bukan seorang politikus cap ayam yang berlambak dalam demokrasi yang busuk di negara ini! Baginda tidak layak dipanggil politikus sebab nama politikus itu sudah sangat jijik untuk disandarkan kepada insan paling agung di sisi Allah S.W.T.

Kuasa, bukanlah maqasid perjuangan baginda dalam menegakkan Kebenaran kerana baginda tahu akan realiti Kuasa yang pada hakikatnya hanya milik Allah S.W.T!

0 comments: