.

Bila kita bercakap soal cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi sewaktu melaksanakan amanah sebagai hamba Allah dibumi ini sudah pastinya ramai yg akan beranggapan bahawa itu adalah lumrah kehidupan ataupun hukum alam.Tapi berapa ramaikah antara kita yang sedar akan perkara ini,bahawa ianya datang daripada perancangan Allah yang maha esa semata-mata ingin menguji hambanya samada tabah atau pun tidak dalam menghadapi dugaan yang dihidangkan oleh Allah s.w.t..Dalam konteks sebagai pimpinan juga aku merasakan akan perkara ini.Bila telah ditaklifkan oleh Allah bahawa diri yang hina dina ini menjadi sebagai pemimpin pelajar,maka aku telah dihidangkan dengan pelbagai cabaran dan halangan.Pelbagai mehnah yang perlu dihadapi,sehinggakan kadang-kadang akal tidak dapat mentafsirkan apakah hikmah disebalik kejadian ini.Kadang-kadang tubuh mejadi lesu dan tidak bermaya,disebabkan tekanan yang begitu dahsyat.Tapi aku cuba sedaya upaya untuk mencari kekuatan sehinggalah muncul sinar Kekuatan.Justeru aku bertekad bila sudah ditaklifkan dan mandat pun sudah diberi oleh manusia,maka aku bertekad untuk teruskan perjuangan walaupun terpaksa menelan pahit manis perjuangan ini.Aku yakin dengan pertolongan Allah, Allah sesekali tidak akan menganiayai hambanya,dan sentiasa bersama-sama dengan mereka yang sabar.Justeru itu hanya pada Allah jualah tempatku mengadu,Aku yakin pertolongan Allah akan datang..Sesungguhnya pada masa sekarang aku sentiasa berpegang dengan prinsip
::RELA DIBENCI OLEH MANUSIA DIDUNIA INI,DARIPADA DIBENCI OLEH ALLAH DI AKHIRAT KELAK::

0 comments: