.

8:55 PM


"Dan orang-orang yang ingkar kepada Tuhannya, akan mendapat azab Jahanam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.(6)

Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu membara,(7)

Hampir meledak kerana marah. Setiap kali ada sekumpulan (orang-orang kafir) dilemparkan kedalamnya, penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka, "Apakah belum pernah ada orang yang datang memberi peringatan kepadamu (di dunia)?"(8)
(Al-Mulk:6-8)

Sungguh berat azab neraka yang menanti di akhirat kelak. Tidak ada seorang pun yang sanggup masuk ke dalamnya. Namun, adakah kita telah berusaha untuk menjauhinya? Kerana dosa yang ada menggunung tinggi. Begitu juga orang yg sedang berbicara. Sedangkan diri sentiasa lalai dan terpesona dengan pujukan dunia yang tidak pernah henti-henti datang menggoda. Sebagai hamba-Mu yang lemah dan jahil, aku sentiasa tertewas oleh dunia Ya Allah.. Bantulah aku Ya Allah.. Aku rindu untuk sentiasa berada di sisi-Mu, kerana bila segalanya berlandaskan kehendak-Mu, tidak akan ada lagi rasa cinta akan dunia itu.

Ya Allah, Jauhkanlah kami dari kesesatan,
tunjukkan kami jalan yang Engkau redhai,
Iaitu jalan orang2 yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat,
Sesungguhnya hanya kepada Engkaulah tempat kami kembali,
Maka kembalikanlah kami dalam keadaan yang Engkau redhai,
Bukanlah dalam keadaan yang Engkau murkai.
Amiin, Yaa Rabbal 'Aalamiin..

*Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita, samada kita sedar ataupun tidak.

0 comments: