.


Jadilah seorang lelaki
Yang beriman
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada ALLAH
Yang jiwanya penuh penghayatan kepada islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang yang berjuang dijalan ALLAH

Jadilah seorang lelaki
Yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Jadilah seorang lelaki
Yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak2 mendalami islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana baginya dunia adalah rumah sementara untuk menuju akhirat

Jadilah seorang lelaki
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan sifat2 Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya daripada berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Jadilah seorang lelaki
Yang tidak membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana membaca Al-Quran
Suaranya lesu kerana kuat berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan

Jadilah seorang lelaki
Yang sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang bagi akhirat
Yang mana buah kehidupan itu mesti dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas untuk menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan islam untuk hari kemudian

Jadilah seorang lelaki
Yang tidak teerpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga ALLAH

0 comments: