.

Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis
bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik

Cantik seorang wanita itu, sebagai remaja
tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah

Cantik seorang wanita itu, sebagai Hawa
tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam

Cantik seorang wanita itu, sebagai anak
tidak menjerat diri pada kedurhakaan

Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri
merempuh badai di sisi suami

Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu
menjauhi persekongkolan ipar lamai

Cantik seorang wanita itu, sebagai ibu
membuai anak, kala suami menjalin mimpi

Cantik seorang wanita itu, sebagai mertua
telus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantik seorang wanita itu, sebagai nenek
menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit

Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara
peka membela nasib dan maruah negara

Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua
menghitung hari dengan selembar mashaf

Cantik seorang wanita itu, sebagai intelektualis
menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah
mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah...

1 comments:

HUDA AFIQAH HASHIM said...

salam ziarah. hehe... borang UBM masih byk lagi kosong... kot? malah, sangat mgalu-alukan... betul kan, u.idris?

salam kembara, ya akh. :)