.

Disini saya cuba mencoretkan tentang perkembangan politi semasa yang menzahirkan kepada kita tentang pelbagai konflik yang timbul.Ianya berlaku dalam kedua-dua parti samada parti pemerintah atau parti pembangkang..Disini saya cuba menulis sesuatu mengikut kefahaman saya dari sudut politik tentang konflik politik yang timbul dan penyelesaiana yang telah dibuat dan akan dibuat...

1. Dato' Seri Ong Tee Keat bertelagah dengan Dato' Seri Chua Soi Lek. MCA mengadakan mesyuarat agung khas dan akhirnya kedua-dua mereka memilih berdamai.

2. Dato' Zaid Ibrahim mengengkari arahan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk tidak ke Sabah dan Sarawak. Selepas lawatan Zaid itu, akhirnya PKR mengugurkan Azmin Ali sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Sabah.

3. Dato' Nik Aziz Nik Mat mempertikaikan kepimpinan Dato' Abd Hadi Awang, Nasaruddin Mat Isa dan Dato' Mustafa Ali. Semalam PAS bermesyuarat. Keputusannya sudah dijangka, semua akan menjadi OK dan kembali seperti biasa.

4. Ahli-ahli UMNO mempertikaikan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Akhirnya, kedudukannya sebagai presiden parti itu diambilalih oleh Dato' Seri Najib Tun Razak.

Politik berkait rapat dengan kuasa. Perebutan kuasa bukan saja berlaku di antara parti-parti politik, tetapi juga dalam parti-parti politik. Ia bukanlah sesuatu yang aneh. Sama ada parti akan menjadi kuat atau sebaliknya, bergantung kepada bagaimana konflik itu dikendalikan. Ia adalah satu proses seperti tarik tali -- tidak boleh terlalu tegang sehingga putus, tidak boleh juga terlalu kendur sehingga tidak melakukan apa-apa.

Dalam konteks UMNO, saya fikir Najib telah melaksanakan tugasnya dengan baik. Fasa pertama kepimpinannya ialah memberikan tumpuan kepada pengurusan negara. Beliau berusaha membina keyakinan rakyat kepada kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional. Dalam fasa kedua, Najib mula memberikan perhatian kepada parti -- Barisan Nasional dan UMNO. Saya menjangkakan beliau akan melakukan beberapa perubahan lagi dalam parti itu.

Tentunya, Ong Tee Keat juga akan menentukan parti itu stabil selepas melalui pertelingkahan kepimpinan. Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail juga akan melakukan hal yang sama. Pergolakan yang berterusan tidak bagus untuk masa depan parti itu. Begitu juga dengan PAS. Saya percaya Tn Guru Abd Hadi Awang juga bimbang parti itu yang mendapat mandat yang agak baik dalam PRU12 nanti akan hilang keupayaan mempengaruhi pengundi sekiranya ia dilihat bergolak dengan pelbagai isu dalaman.

Kesemua konflik ini adalah perkara biasa dalam politik dan parti-parti politik. Apa yang membezakan ialah "kepimpinan" yang ditunjukkan. Tatkala ini kita dapat melihat sama ada mereka mempunyai kemampuan memimpin atau mereka hanyalah sekadar pemanas kerusi.

Secara peribadinya, saya berminat menganalisis corak kepimpinan dan strategi penyelesaian konflik yang akan digunakan. Adakah mereka akan menyapu kesemua isu ke bawah karpet dan menjadi burung kasawari yang membenamkan kepala ke dalam pasir dan menganggap tidak melihat masalah tersebut? Atau, adakah mereka akan menghadapi kesemua isu-isu tersebut dan mencari penyelesaian yang bersifat muafakat (collaboration)? Mungkinkah mereka berpegang dengan mantra politik tradisional yang melihat pertentangan (confrontation) sebagai satu-satunya kaedah penyelesaian masalah?

Warren Bennis dan Peter Drucker menyebut, "Management is doing things right. Leadership is doing the right things."

Sama-sama kita tunggu dan lihat!

1 comments:

ibnuZul said...

politik tanpa panduan Al-quran dan sunnah adalah punca segala-galanya...