.

Bagi masyarakat yang meletakkan keamanan (security) sebagai perkara paling dasar, demokrasi diperlukan kerana sistem ini mampu mewujudkan kestabilan sosial, keamanan dan keadilan. Masyarakat ini memerlukan demokrasi bagi mengakhiri ketempangan sosial, menyudahi penindasan ekonomi dan mencipta kesejahteraan dalam kehidupan. Prinsip utama demokrasi ini adalah keadilan sosial itu sendiri.

Secara asasnya, demokrasi bukanlah suatu sistem asli yang digunapakai di dalam negara Malaysia. Sistem awal yang digunakan pakai di Tanah Melayu suatu ketika dahulu adalah sistem Raja berkuasa mutlak (absolute monarchy). Tetapi oleh kerana Raja tanpa sokongan rakyat begitu lemah sehingga terpaksa serah negeri-negeri mereka kepada British, maka rakyat telah bangun pada 1946 untuk menebus balik negeri-negeri Melayu bersama Raja dan meneruskan peranan politik mereka melalui Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Prinsip asas demokrasi adalah memberi kuasa kepada rakyat untuk mentadbir negara mereka sendiri. Adalah dipercayai rakyat tentu bijak dalam pemilihan pemimpin mereka. Mereka tentu tidak akan pilih orang yang ternampak jelas akan rosakkan negara mereka dan membinasakan mereka.

Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dihuni oleh mahasiswa berbilang kaum dan budaya merupakan satu koloni masyarakat kampus yang benar-benar menggambarkan suasana sebenar masyarakat Malaysia. Dalam pengamalan demokrasi di UKM mahasiswa diberi hak untuk membuat pemilihan pimpinan yang bakal menjadi jurubicara mahasiswa ke peringkatan pentadbiran universiti. Proses pemilihan melalui pilihan raya kampus yang saban semester dijalankan merupakan medium utama proses pemilihan tersebut.

Kali ini, pilihan raya kampus yang bakal dijalankan tidak lama lagi bakal menjadi bukti tentang pengamalan demokrasi di peringkat kampus UKM. Namun sejauh manakah ketelusan dalam pilihan raya kali ini dijalankan masih menjadi persoalan.

Hari ini, bahang atau suasana pilihan raya kampus sudah mula terasa walaupun hari pembubaran masih lagi menjadi tanda tanya. Pada sesi pilihanraya kampus yang lepas notis pembubaran PMUKM ditampal pada waktu cuti semester dan majoriti mahasiswa tidak tahu menahu akan notis tersebut . Seolah-olah, jawatankuasa pelaksana pilihan raya tidak mahu semua mahasiswa mengetahui tarikh pilihan raya kampus??

Mahasiswa mempunyai hak untuk membuat pemilihan terbaik terhadap wakil mahasiswa yang menduduki kerusi Majlis Perwakilan Pelajar. Mahasiswa kampus UKM tertanya-tanya. Adakah ini merupakan salah satu perancangan pihak tertentu dalam menafikan hak-hak mahasiswa. Keraguan terhadap pengamalan demokrasi kampus UKM diragui


AFFANDI BIN ABDUL RAHMAN
MPP FAKULTI PENDIDIKAN
TAHUN 3 DAN 4


0 comments: