.

Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna berkuatkuasa 8 April kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Beliau mengesahkan surat itu telah diserahkan pada mesyuarat kabinet hari ini, lapor Bernama.Shahrir ditemui pemberita di perkarangan Bangunan Perdana Putra di Putrajaya selepas menghadiri mesyuarat itu.

Mesyuarat kabinet hari ini adalah yang terakhir dipengerusikan Abdullah, yang akan melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak.
Khamis lepas, Shahrir mengumumkan ingin berbuat demikian setelah gagal mempertahankan jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) pada perhimpunan agung Umno yang berakhir Sabtu lalu.

Manakala istiadat Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai perdana menteri yang baru akan berlangsung Jumaat ini.Esok Abdullah dipercayai akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan hasratnya melepaskan jawatan tersebut.

0 comments: