.

9:40 AM

SAYANG MAMA

dahulu,cikgu mengajarku bahasa, bahasa yang aku sendiri tidak memahaminya..aku hanya mendengar dan mengikut tutur katanya, cikgu ketawakanku bilaku menyebutnya dengan nada berbeza, aku tak tahu apa apa, hanya sekadar senyum, tak pernah berkecil hati dan sememangnya hatiku kecil ketika itu..aku membuat apa apa sahaja yang disuruh cikguku..aku patuh, aku tunduk, aku hormat, cikguku seronok melihat aku begitu, tak sia sia pengorbanan cikguku itu...

kadang kadang cikgu marahkanku disebabkan kenakalanku..aku belum mumaiyiz, tak tahu mana baik buruk..tapi, cikguku tak pernah jemu mengajarku, niatnya hanya satu, menjadi manusia yang sebetulnya manusia..kerana dia tahu, di hadapanku terlalu banyak dugaan yang bakal ku tempuhi..cikguku selalu meninggalkan pesan, jangan di abai suruhanNya...yang wajib, wajibkanlah..yang sunat, kerapkanlah...aku dengar, aku tahu, aku ingat..tapi sekarang aku dah besar, jasa cikguku semakin hilang dari ingatanku..aku jauh darinya, tak mungkin dia tahu apa aku sedang buat, tak mungkin dia tahu apa aku akan buat..aku jarang sekali mendengar suara cikguku memanggilku dengan penuh kasih sayang...hilang semuanya, aku alpa dengan apa yang aku ada, apa yang aku dapat..berkat atau tidak aku tidak peduli..cikguku pasti tertunggu suara ku yang manja suatu tika dahulu..mungkin begitu, dan pasti begitu..

aku hanya manusia yang lemah, lemah dengan segala dugaan duniawi..lupa segala jasa cikguku, lupa pengorbanannya padaku sebelum dia pergi selamanya dan sememangnya cikguku telah pergi meninggalkanku..mungkin aku terlambat, ya...aku sudah terlambat untuk meminta maaf dari ibuku, cikgu pertama yang mengajarku erti kehidupan sebenar..ibu, maafkan segala kesilapanku yang belum sempat anakmu ini sampaikan, anakmu terlewat untuk bersikap jujur padamu..tidak adil untukmu menerima layanan sebegini dariku..aku berdosa, aku lupa pada pesananmu..noda dan cela yang akan ku bawa nanti tetap akan ada bersama, oleh kerana terlalu mengikut nafsu..

aku memohon maaf darimu atas semua kesalahanku yang tidak engkau tahu..kerana baruku sedar, aku takkan wujud sekiranya engkau tiada di alam ini sebelumku...Ya Allah, himpunkan ibuku dikalangan orang orang yang dirahmatiMu..

0 comments: