.


Coretan ini penulis tujukan khusus kepada sahabat2 penulis yang akan mendirikan BAITULMUSLIM,terutamanya bagi mereka yang tahun akhir,tapi yang bukan tahun akhir pun boleh xde masalah..nie hak masing2..hahaha..diharapkan coretan ini mampu menjadi panduan untuk kalian semua..tIADA apa yang penulis boleh bantu kalian semua selain daripada kiriman untuk kebahagiaan anda semua..Tips ini amat sesuai dijadikan panduan untuk semua lapisan..dan semua pasangan..samada pasangan lebih tua@muda mahupun BUDAK2..HEHHEH...(ini tulus ikhlas daripada penulis tiada kaitan antara yang hidup mahupun mati..

1. KETIKA MENCARI CALON

> Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak anda

> Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak anda.


2. KETIKA MELAMAR

> Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,

tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH

> Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

> Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana

menyia-nyiakan do'a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA

> Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

> Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan

bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan

duri.


7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

> Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru

semakin erat berpegang tangan


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.

> Cintailah isteri atau suami anda 100%


9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.

> Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

> Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus

dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

> Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi

kita semasa menderita


12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

> Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk

bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan

pertolongan Anda.


13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

> Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


14.KETIKA MENDIDIK ANAK

> Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang

tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak .....


15.KETIKA ANAK BERMASALAH

> Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.


16.KETIKA ADA PIL.

> Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.



17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan

2 Kasih sayang

3 Kesetiaan

4 Komunikasi dialogis

5 Keterbukaan

6 Kejujuran

7 Kesabaran


1 comments:

yayayuyee said...

fendi semnagat nmpak..nk kwen gatula ek..jgn senyap2 je..huhu