.

Parlimen merupakan tempat persidangan ahli-ahli yang mewakilkan rakyat dikawasannya untuk membincangkan sesuatu isu, menggubal undang-undang untuk dipatuhi, membentuk sebuah negara Malaysia yang beramanah, kredibiliti dan berdaya saing tinggi.

Parlimen yang ditubuhkan pada tahun 1962 dan dianggarkan bernilai RM 18 juta sewaktu diawal pembinaannya. Tidak dinafikan kompleks Parlimen ini bertaraf five star namun praktis dan mutu perbahasannya tidak menunjukkan ia bertaraf world class parliamentarian. Ini kelemahan utama yang saya perhatikan sepanjang saya berkhidmat di kawasan Parlimen ini.Satu perkara lagi yang agak membingungkan saya ialah rakyat marhaen seolah-olah agak sukar untuk akses ke Parlimen. Kerajaan atau pentadbiran Parlimen sendiri sepatutnya mengalu-alukan kedatangan rakyat untuk bertemu dengan kabinet Malaysia mahupun ahli-ahli Yang Berhormat supaya dapat mewujudkan lebih persefahaman diantara mereka.

Pentadbiran Parlimen seharusnya boleh menetapkan beberapa hari yang dikhususkan kepada pimpinan-pimpinan parti, NGO-NGO, gerakan mahasiswa, kumpulan-kumpulan pelajar, persatuan penduduk dan ahli jawatankuasa rakyat. Justifikasi keselamatan satu perkara yang saya boleh terima namun janganlah sampai ia boleh menghalang hasrat golongan marhaen untuk bertemu dengan wakil rakyat mereka. Ingatlah, dalam sistem demokrasi ini, kedudukan wakil-wakil rakyat di Parlimen (Dewan Rakyat) adalah mandat yang diberikan oleh rakyat.Baru-baru ini tindakan provokasi pemuda-pemuda UMNO daripada Gombak dan Petaling Jaya Selatan terhadap Ahli Dewan Rakyat Bukit Gelugor akhirnya mengakibatkan Parlimen terpaksa menghadkan hak rakyat ini.

Saya menyarankan kepada teman-teman untuk cuba melayari laman web Parlimen Australia dan Kongres Amerika Syarikat. Dari situ kita dapat memahami bagaimana laman web tersebut mendidik rakyat terhadap ilmu ‘keparlimenan’ dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

0 comments: