.

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKULNYA.

Pada 28 februari, jam 8 malam, penulis bersama-sama dengan MPP Mahasiswa yang lain telah pergi melawat saudari Norihan Rahim di HUKM. Beliau merupakan pelajar tahun 3 , Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan. Ziarah pada kali ini merupakan ziarah kali kedua yang telah dibuat oleh Penulis selaku MPP Fakulti Pendidikan bersama MPP Mahasiswa yang lain.
Rombongan MPP Mahasiswa berjaya menghulurkan bantuan yang dihulurkan oleh mahasiswa/I UKM kepada Saudari Norihan. Pada minggu yang lalu, MPP Mahasiswa telah menjalankan kutipan derma di beberapa fakulti dan berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM 764.20. Sumbangan itu diserahkan sendiri kepada Saudari Norihan dan beliau mengucapkan terima kasih kepada para dermawan yang sudi menyumbang. Bagi penulis selaku MPP Fakulti Pendidikan, isu kebajikan mahasiswa akan menjadi dasar kepada perjuangan, tanpa mengira bangsa dan agama. Untuk akhirnya penulis mendoakan agar saudari Norihan akan cepat sembuh dan diberikan kekuatan oleh ALLAH untuk meneruskan perjuangan dalam menyambung pelajaran.. INSYAALLAH…Sama-Sama Kita Doakannya.

1 comments:

yuyee cap limau said...

bgus..nie la ciri2 pemimpin yg kite cari..amin,amin,amin