Jangankan lelaki biasa…. Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita…
Tanpa mereka , fikiran dan perasaan lelaki akan resah…
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa tiada didalam syurga ?
Namun Adam tetap rindukan Hawa…
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki…
Tetapi seandainya , lelaki itu sendiri tidak lurus…
Mana mungkin ,
Kayu yang bengkok akan menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan
Yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta…
Kerana nanti mereka semakin liar
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan…
Kerana nanti mereka semakin derita
Kenalkan mereka dengan Allah S.W.T
zat yang kekal
Disitulah punca kekuatan dunia
Akalnya senipis rambutnya …tebalkan ia dengan ilmu
Hati separuh kaca …kuatkan ia dengan iman
Perasaan selembut sutera … hiasilah ia dengan akhlak
Suburkanlah ia … kerana dari situlah mereka akan melihat
Nilai dan keadilan Tuhan
Bisikkanlah mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Tuhan …
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur dan menghiburkan
Tanpa iman ,
Ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus
Bahkan akan terus membengkok …
Itulah akibatnya ,
Andai wanita tidak kenal Tuhannya
Bila wanita menjadi derhaka
Pasti dunia lelaki menjadi huru-hara
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata
Tetapi ,
Binalah kepimpinan
Sebelum memimpin wanita
Menuju Ilahi
Pimpinlah dirimu kepada-Nya
Jinakkanlah segala-galanya dibawah kepimpinanmu
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Al-Zahrah
Jika dirimu tidak sehebat
Saidina Ali Karamallahu Wajhah
… Amin …
1 comments:
suke sgt poem ni...puitis n atractif
Post a Comment