.

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


1.. Song.... Lagu-lagu yang menghiburkan. .jika ada anak-anak yang tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah..tapi boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa-depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hingga kita terfikir.... bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua.
Sex di mana-mana..di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex... filem 18SX amat laris berbanding filem U... VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. ....


3. ...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja... sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar 'up to date'.. Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari kabaret....

4. ....Sport...
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan…hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga... Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. . yang menonton pun tak sembahyang juga ...... Kalau menonton dirumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL.... Yahudi gol lagi......sampai ada ulamak kata...kerana sukan ..sembahyang boleh tangguh...Mashaalla h,..

5. .. Fun.. Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. .. Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah majalah mangga...yang menayangkan buah mangga artis perempuan... . Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert.... pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female... Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. . terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kenamengena dengan perempuan...
Kalau kita ke kedai bateri kereta.... dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi... apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya... Yahudi bersorak lagi.....


7...Fashion. ... Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. . sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. .. Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaiman a nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan.. . sembahyang pun tak sah... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...


8. .. Food...
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah Mc D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina.... masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. . Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky ..rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check...halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap…Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah.....



Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga. Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah swt.hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.

Di antara khasiat dan fadhilat Ayat Seribu Dinar ini ialah:

1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara
2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah
3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan
4. Dan ketika dirasakan perlu

65:2 And for those who fear Allah, He (ever) prepares a way out,

65:3 And He provides for him from (sources) he never could imagine. And if any one puts his trust in Allah, sufficient is (Allah) for him. For Allah will surely accomplish his purpose: verily, for all things has Allah appointed a due proportion..

Quran-Surah At-Talaq: 2-3

In the above ayats (verses), we are told that we can get out of problems and troubles through Taqwa (fear of God) and Tawakal (trust in God).

During this very challenging economic conditions, we should recite more of the above verse as a prayer and most importantly to follow what we are told to do by the Almighty Allah that is to have Taqwa and Tawakal.

In this situation, observing taqwa and tawakal would mean that - first of all - we should not panic; we should remain steadfast and content.

We are also encouraged to recite Lahaula wala quwata illa Billah (There is no power and strength except in Allah)....no matter how clever we think we are, only He can actually make it happen.

To treat the verses just as a wall decoration will not do any help...actions are required.

Believe it and do it.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. ‘Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki. nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. ‘Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?’ Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. ‘Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,’ katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri… Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis… Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama-samalah kita memohon agar Allah swt sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

~muzakarah ilmu~

APABILA ANDA............


APABILA SEMUANYA SERBA TIDAK KENA, DAN ANDA TIDAK TAHU APA LAGI YANG HENDAK DIBUAT, INGATLAH.... ANDA MASIH BOLEH BERSANDAR KEPADA DIA YANG MAHA MENGASIHI.

APABILA HIDUP DISELUBUNGI KEGELAPAN, SEMUANYA SILAP, CARILAH SINAR ITU DARI YANG MAHA MEMBERI CAHAYA.

APABILA DIBELENGGU MASALAH SEDANGKAN TIADA SESIAPA PUN YANG MAHU MENGAMBIL KISAH, INGATLAH PADA DIA YANG TIDAK PERNAH MELUKAKAN HATIMU. DIA MAHA ADIL.

APABILA HATI TERLUKA DAN KESAKITAN ITU MENUMBANGKAN KUDRATMU, JANGAN BERPUTUS ASA KERANA DIA MELIHAT SEGALA-GALANYA.

APABILA LEMAH TIDAK BERMAYA SEDANGKAN PERJALANAN MASIH JAUH PERLU DI HARUNGI, CARILAH KEKUATAN ITU DARI MAHA PERKASA.

APABILA HIDUP INI DIRASAKAN SEPERTI BEBAN, SEGALA-GALANYA GOYAH, BANGUNKAN SEMULA KOTA SEMANGAT ITU DENGAN KEYAKINAN BAHAWA ITULAH IRADAT-NYA.

APABILA JALAN DI DEPAN DIGELAPI MENDUNG SEDANGKAN TIADA SESIAPA DI SISI SUDI MENEMANIMU, CARILAH JALAN LURUS ITU DARI DIA, YANG MENJADI SATU- SATUNYA PANDUAN HIDUP.

APABILA SEMUA ORANG DI SEKELILING TIDAK MAHU MENDENGAR SUARA DAN KELUHANMU, JANGAN KECEWA KERANA DIA MAHA MENDENGAR.

APABILA MISKIN DAN PAPA, ANDA TERPERANGKAP DALAM KESEMPITAN, INGATLAH KEPADA DIA YANG MAHA KAYA.

APABILA ENGKAU DALAM KEDUKAAN SEDANGKAN TIADA TEMPAT UNTUK MELARIKAN DIRI,MENGADULAH KEPADA DIA YANG SATU.

APABILA KESEORANGAN DAN KEDUKAAN ITU SEPERTI TIADA PENGHUJUNGNYA,SERAHKAN DIRIMU KEPADA DIA.... SATU-SATUNYA TEMPAT YANG BOLEH DIGANTUNGKAN HARAPAN

APABILA PARUT LUKAMU DICEDERAKAN LAGI, HATIMU DICAKARI KEBIMBANGAN, INGATLAH BAHAWA DIA SENTIASA BERSAMA ORANG - ORANG YANG SABAR.

SEKIAN.....

WASSALAM......




Assalamualaikum ..


... Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali


1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca
Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi
hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa
ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya
.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.

3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.


Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

Beberapa kata renungan dari Qur'an :


Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar

Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya

Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan

Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya





Al kisah di sebuah pulau yang kecil dan terpencil, tinggallah sesuatu yang abstrak yang menjadi penghuni pulau tersebut. Diantara yang menghuni di pulau tersebut adalah Cinta, Kesedihan, Kekayaan, Kegembiraan, Kecantikan dan sebagainya. Pada awalnya, mereka semua hidup bersama-sama dalam keadaan aman damai, kegembiraan dan saling memerlukan. Namun pada suatu hari, pulau tersebut telah dilanda ribut taufan dan badai datang menghempas pulau kecil itu. Tiba-tiba air laut bergelombang dan menimbulkan ombak besar dan akan menenggelamkan pulau kecil tersebut. Semua penghuni di pulau itu berusaha menyelamatkan diri masing-masing.


Dalam keadaan yang kelam kabut, dan air laut yang akan menenggelamkan pulau kecil itu, kelihatan cinta yang berusaha menyelamatkan diri. Cinta berasa sangat bimbang kerana ia tidak pandai berenang dan tidak menemui sebarang sampan untuk menyelamatkan diri. Cinta berdiri di tepi pantai untuk meminta bantuan. Sementara itu, air semakin naik membasahi kaki cinta. Cinta tetap berusaha dan tidak berputus asa untuk menyelamatkan diri.


Tidak lama kemudian, kelihatan Kekayaan sedang mengayuh perahu..

" Kekayaan.! Kekayaan.! Tolong selamatkan aku !." teriak Cinta. Dengan segera Kekayaan pun menjawab. " Maafkan la aku Cinta. Perahuku sudah penuh dengan harta kekayaan ku. Aku tidak dapat membawamu bersama nanti perahuku akan tenggelam. lagipun perahuku sudah tiada ruang untuk mu.".. maka berlalu la Kekayaan meninggalkan cinta yang masih berusaha menyelamatkan diri. Cinta berasa amat sedih.


Namun kemudian, Cinta melihat Kegembiraan melintasi di hadapannya dirinya dengan membawa sebuah perahu. Cinta berasa gembira lantas memanggil Kegembiraan. " Kegembiraan!. Kegembiraan!. Tolong bawa aku bersamamu." Jerit Cinta. Namun, kerana Kegembiraan terlalu gembira kerana sudah menjumpai perahu, Kegembiraan langsung tidak mendengar jeritan Cinta. kegembiraan juga meninggalkan cinta keseorangan di pulau yang semakin ditenggelami air.


Air laut semakin naik dan kini sudah pun mencecah sehingga ke pinggang Cinta. Cinta berasa amat takut dan amat sedih sekali. Namun begitu, cinta tetap tidak berputus asa untuk menyelamatkan diri.


Dalam keadaan yang panik, tiba-tiba Cinta terlihat kecantikan sedang mendayung perahu dihadapannya. Cinta menjerit kearah Kecantikan.. " Kecantikan!. kecantikan!. Tolonglah bawa aku bersamamu." Kecantikan memandang ke arah Cinta dan berkata.." Wah! Cinta. Kamu sudah kelihatan basah dan comot. Aku tidak boleh menumpangkan mu bersamaku. Jika aku menumpangkan kamu, nanti habislah perahuku yang cantik ini dikotori oleh mu." Berlalulah Kecantikan meninggalkan cinta keseorangan. Cinta mula berasa takut dan menangis.


" Apalah kesalahanku, sehingga semua orang sudah tidak mempedulikan diriku lagi". Rengek Cinta seorang diri. ketika Cinta sedang menangis, lalulah kesedihan di hadapan Cinta dengan sebuah perahu. Tanpa melengahkan masa, Cinta pun memanggil Kesedihan dan mohon untuk ditumpangkan bersama.


" Maafkan aku, cinta. Aku sedang bersedih dan ingin bersendirian". kata Kesedihan sambil terus mendayung meninggalkan Cinta. Air laut mula menaik dan menenggelamkan pulau tersebut. Cinta sudah mula berputus asa dan menyerah. Namun begitu, Cinta masih terus mengharap dan berdoa agar ia dapat diselamatkan. Cinta pun berdoa kepada Tuhan. " Oh! Tuhan. Tolonglah aku. Selamatkanlah aku. Apakah akan terjadi di dunia ini jika tanpa aku, tanpa Cinta."


Pada saat yang kritikal, tiba-tiba terdengar satu suara yang memanggil Cinta.


" Cinta! Cinta! Marilah cepat naik ke perahu ku". Cinta pun menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Cinta terperanjat melihat seorang tua berjanggut panjang memutih mendayung perahu kearahnya. Cinta pun naik ke dalam perahu tersebut dan sempat sebelum air menenggelamkan cinta dan pulau kecil itu.


Kemudian setibanya di pulau yang berhampiran, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera meninggalkan Cinta di pulau tersebut Cinta mengucapkan terima kasih diatas pertolongan yang diberi. Pada ketika orang tua itu meninggalkan pulau tersebut, barulah Cinta tersedar bahawa dia masih tidak tahu siapakah gerangan orang tua yang baik hati dan menyelamatkannya. lalu Cinta pun bertanya kepada seorang penduduk tua di pulau tersebut siapakah gerangan orang tua yang menyelamatkannya.


"Oh! orang tua tadi. Dia adalah Waktu." kata penduduk tersebut.


Cinta pun bertanya lagi. " tapi mengapakah dia selamatkan aku?". " Aku tak kenal dia, sedangkan kawan-kawanku yang lain yang mengenali diriku semuanya tidak mahu menolongku dan meninggalkan aku". Tanya Cinta kehairanan.


" Sebab, hanya Waktulah yang tahu betapa berharganya Cinta itu..." kata orang tua tersebut sambil meninggalkan cinta. Setelah itu Cinta pun faham akan betapa pentingnya Cinta di dunia ini.


p/s..

Adakah Cinta memerlukan Kekayaan, Kecantikan, Kesedihan dan Kegembiraan.?